Tentang Kami


Perniagaan motel ini adalah perniagaan keluarga yang diuruskan oleh anak ketiga En.Ismail Bujang dan Pn.Azizah Salleh, Hafiszullah Ismail.

Hawajaya Motel terletak berhampiran Perigi Hang Tuah, Kampung Duyong, Melaka.

Hawajaya Motel mempunya 7 buah bilik berasingan, setiap bilik mempunyai bilik air dan berhawa dingin sepenuhnya.

Selain motel, kami juga mempunyai 2 buah rumah yang dikenali sebagai Hawajaya Homestay.

Perkhidmatan motel dan homestay kami mendapat sambutan yang tinggi dari kalangan pelancong dari dalam serta luar Melaka seperti Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah dan juga Singapura.

Kebanyakan pelanggan kami yang pernah menginap di Hawajaya Motel atau Hawajaya Homestay akan membuat tempahan kali kedua dan berikutnya setiap kali mereka berkunjung ke Melaka.

Kami amat berbesar hati dan seronok menerima kunjungan ulangan pelanggan-pelanggan kami. 

Kunjungan pertama, kita berkenalan ........
kunjungan kedua, mengeratkan persaudaraan ;)

Terima kasih kerana sentiasa memilih kami sebagai penginapan pilihan anda di Melaka.

Selain dari kedatangan para pelancong, Hawajaya Motel dan Hawajaya Homestay juga mendapat sambutan yang hebat dikalangan penduduk Kampung Duyong dan sekitarnya.

Jika terdapat majlis perkahwinan di Kampung Duyong, mereka akan menempatkan sanak-saudara, sahabat handai, cameraman, mak andam dan juga keluarga pihak sebelah di Hawajaya Motel dan Hawajaya Homestay.

Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelanggan-pelanggan ke Hawajaya Motel dan Hawajaya Homestay.

Tempahan awal sangat digalakkan...
Sebarang tempahan atau pertanyaan, sila hubungi Hafis di talian  016-679 7115

No comments:

Post a Comment